Peralatan Rumah Yang Kita Tak Sedar Ada Tarikh Luput

by Oh! Semput


6
SHARES
75
VIEWS
Posted on 18 Jul 2017 13:01:23




Bukan setakat makanan dan minuman saja ada tarikh luput. Tahukah anda yang peralatan di rumah kita juga ada expired date. Maksudnya, kita tak boleh gunakan satu alatan tu sampai bila-bila la kan. Setiap peralatan ni memberi kesan kepada kita penggunanya jika digunakan lebih lama dari tarikh luputnya.  Jom periksa peralatan masing-masing!!


1. Dalam bilik tidur


Bantal: 2-3 tahun
Bila dimakan usia, bantal dari jenis apa pun akan menjadi sarang hama dan boleh menyebabkan sakit leher kerana kehilangan struktur lembutnya serta bentuknya.


Selipar : 6 bulan
Selipar merupakan penyebar jangkitan kulat. Oleh itu, ia sepatutnya dibasuh dengan betul sekerap mungkin.


2. Dalam bilik air

Span  mandi : 2 minggu


Berus mandian: 6 bulan

Span dan berus mandian akan membiakkan kulat. Berus mandian sintetik boleh direbus dalam air panas untuk membunuh bakteria yang mungkin membiak.


Tuala: 1- 3 tahun
Tuala basah juga merupakan tempat pembiakan yang bagus untuk bakteria. Walaupun kerap membasuh tuala, ia tetap bukan penyelesaian terbaik untuk masalah bakteria.


Berus gigi: 3 bulan
Berus yang telah rosak berusnya memang sepatutnya ditukar dengan segera.
Tapi berus gigi juga sepatutnya ditukar sekiranya anda dijangkiti demam atau selsema untuk mengelakkan anda jatuh sakit lagi.



3.  Meja solek


Berus rambut: 1 tahun
Berus rambut sepatutnya dicuci sekurang-kurangnya sekali seminggu dan digantikan setiap tahun.


Minyak wangi, eau de parfum, eau de toilette: 1- 3 tahun


Minyak wangi dan eau de parfum yang mengandungi minyak essential bertahan selama 3 tahun sekiranya disimpan ditempat tertutup dan 2 tahun jika disimpan di stor yang terbuka.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts