Peranti Kelas Perdana Oppo Bakal Menjadi Yang Pertama Untuk Hadir Dengan Gorilla Glass 6

by Oh! Semput


3
SHARES
43
VIEWS
Posted on 03 Aug 2018 10:00:45

Panel Gorilla Glass keluaran syarikat Amerika, Corning telah menjadi salah satu bahagian telefon pintar yang semakin diambil berat berikutan harga skrin peranti yang semakin meningkat hari ini. Bulan lalu, kami pernah melaporkan tentang panel Gorilla Glass 6 yang baru dilancarkan oleh syarikat tersebut.

Bercakap berkaitan perkara itu, Corning telah mengesahkan bahawa peranti pertama yang akan dilengkapi dengan panel berkenaan ialah sebuah peranti kelas perdana keluaran Oppo. Namun, mereka tidak menyatakan peranti tersebut secara spesifik dalam kenyataan media yang dikeluarkan.

Kredit : Oppo Malaysia

Bagaimanapun, pemerhati industri berpendapat bahawa peranti yang dinyatakan ialah Oppo F9 yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi. Oppo sebelum ini telah menggunakan Gorilla Glass 5 pada model R15 Pro dan Find X mereka.

Sebagai peringatan, panel Gorilla Glass 6 didakwa mampu untuk bertahan sehingga 15 jatuhan dari ketinggian 1 meter dan ke bawah. Ini bermakna ia mempunyai daya tahan dua kali lebih baik berbanding panel Gorilla Glass 5.

Kerjasama ini pasti akan dapat mengekalkan hubungan baik yang terjalin di antara kedua-dua syarikat. Ia adalah bagi memastikan pengguna dapat menggunakan peranti mereka tanpa rasa risau yang melampau tentang keselamatan peranti.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts