Perarakan pedati Thaipusam ke Batu Caves dibenarkan dengan syarat, kata Annuar Musa

by Oh! Semput


2
SHARES
26
VIEWS
Posted on 24 Jan 2021 10:30:45

MKN meluluskan perarakan pedati yang membawa arca Dewa Murugan ke Batu Caves sempena Thaipusam. — Foto Reuters
MKN meluluskan perarakan pedati yang membawa arca Dewa Murugan ke Batu Caves sempena Thaipusam. — Foto Reuters

KUALA LUMPUR, 24 Jan — Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa mengumumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) meluluskan perarakan pedati yang membawa arca Dewa Murugan sempena perayaan Thaipusam.

Beliau berkata perarakan pedati membawa arca Dewa Murugan dari kuil Jalan Bandar ke Batu Caves adalah pada 27 Jan dan akan kembali dari Batu Caves ke kuil Jalan Bandar pada 29 Jan, namun perlu mengikut syarat dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Syaratnya, ‘Chariot’ (pedati) tidak boleh berhenti di mana-mana, pengikut tidak lebih daripada 10 orang, tiada muzik dan lain-lain,” katanya dalam hantaran Twitter rasmi beliau semalam. — Bernama

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts