by Oh! Semput
‘Mak Tak Perasan Anak Tidak Berhelmet Membonceng Di Belakang Hampir Jatuh Dari Motor’
Bahaya selalu ada dimana tidak kira kita menaiki apa jua jenis kenderaan yang ada . Cuma risiko berkurang pada sesuatu kenderaan tu pasti ada . Yang penting selamat sampai yer tak !
Namun apa yang berlaku lewat pagi tadi , seorang kanak-kanak membonceng ibunya tanpa memakai helmet hampir jatuh dari motor mungkin kerana dia mengantuk dan keletihan atas motor .
Kejadian itu dijumpai oleh abang rider ketika melalui kawasan yang sama menuju ke Pulau di Seberang Jaya . Abang rider atau nama panggilnya hakim ternampak budak tersebut dah menyenget dan hampir jatuh dan hanya bergayut dengan baju ibunya .
‘Mak Tak Perasan Anak Tidak Berhelmet Membonceng Di Belakang Hampir Jatuh Dari Motor’ Bontot anak dia kat belakang tu (sekitar 4-5 tahun) dah jatuh dari seat senget sebelah sambil bergayut pada baju mak dia, gila b*b* seriau tengok.
Boleh bayang tak tiba2 anak jatuh atas jalan tengah laju takde helmet? Budak2 naik motor pun boleh tido tau..sapa pernah bawa budak naik motor fahamlah..
Setelah memikirkan keselamatan mereka , Hakim menghulurkan bantuan menghantar mereka ke tempat yang dituju dengan selamat . Rupanya bukan Hakim sahaja yang perasan kejadian tersebut , ada 2 lagi rider yang memerhati wanita berkenaan jika berlaku apa-apa maka mereka akan terus mendapatkan mereka .
Syukur ada rider seperti Hakim dan 2 orang lagi rider yang lain . Keprihatinan korang menyelamatkan mereka dari sebarang kejadian buruk berlaku . Ia juga suatu kisah pengajaran rakyat marhaen bahawa masih ada lagi yang susah dalam negara sungguhpun pesat membangun .
Tahniah all rider Malaysia .