Perayaan Tahun Baharu Cina Sudah Berlalu, Tapi Kenapa Masih Bakar Bunga Api? Ini Penjelasannya

by Oh! Semput


HOME Posted on 14 Feb 2019 08:00:16



Lewat malam tadi riuh dengan bunyi mercun dan bunga api yang dibakar. Bukan malam tadi sahaja, dua tiga malam ini juga. Pelik rasanya, bukankah perayaan Tahun Baru Cina sudah berlalu? Malah tiada pula sebarang perayaan dalam masa terdekat ini. Namun disebalik kemeriahan itu ada juga yang tidak berpuashati dengan keriuhan bunyi mercun ini.

Walaubagaimanapun, hari ini seorang pengguna Twitter, HermyRahim berkongsi sebab mengapa mercun dibakar dengan banyak. Melalui perkongsiannya itu, dikepilkan bersama screenshot dari salah seorang pengguna Facebook, Darren Teow yang menjelaskan tentang situasi ini.

“Kepada yang terperanjat kenapa mercun dibakar dengan banyaknya hingga lepas tengah malam adalah kerana sambutan Pai Ti Kong yang jatuh pada hari ke-9 bulan pertama kalendar Lunar. Perayaan ini sangat penting buat masyarakat Cina Hokkien. Diharap banyak bersabar dan penjelasan ini dapat membantu. Terima kasih kerana memahami.”

Oh, alkisahnya. Patutlah!

Untuk yang tak tahu kenapa mercun dibakar dengan banyak.

Sebenarnya, tak patut pun ada complaints at all about the firecrackers issue because as Malaysians, we respect each other's cultures & traditions.

Kita enjoy sama sama layan bunga api lah, free show! pic.twitter.com/acdskgD4bb

— HermyR (@HermyRahim) February 12, 2019

Saya pun setuju sebagai rakyat Malaysia memang seharusnya perlu menghormati agama dan budaya bangsa lain. Saya sendiri tidaklah rasa terganggu sangat dengan upacara ini. Malah lebih seronok kerana boleh turut sama menikmati percikan bunga api.

Menerusi ruangan komen juga ramai yang berterima kasih kerana memperjelaskan tentang perkara ini.

“Oh patutlah…”

mercun meriah 1

“Bukan senang nak tengok bunga api”

mercun meriah 2

: HermyRahim

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News