save 2.0

Perbincangan Netizen, Mana Yang Dulu Antara Stadium Penuh Atau ‘Broadcasting’

by Oh! Semput


HOME Posted on 19 Jan 2021 12:01:33



Alfadli Awaludin atau dikenali sebagai anakmemberontak di Twitter melemparkan persoalan mengenai mana yang datang dulu, stadium penuh atau ‘broadcasting’?

Adakah kedua-duanya berasingan atau perlu seiring dalam konteks kita di Malaysia? Kita tidak boleh mengikut acuan liga Asia lain atau Eropah kerana ianya mungkin sedikit berbeza dari segi demografi. Jadi, bagaimana kita mahu menjawab kepada soalan ini supaya ia dapat memberi gambaran jelas, mana yang datang dahulu?

Respon netizen kepada persoalan tersebut

Beliau dilihat meminta pandangan daripada warga Twitter mengenai isu tersebut dan terbuka kepada sesiapa yang mahu berkongsi mengenai pandangan mereka dan akan saling berbalas komentar. Dapat dilihat, banyak pandangan sudah diberikan.

Stadium penuh dulu atau siaran langsung(broadcasting) dulu?

Mana satu yang datang dulu?

Ada siaran langsung & hak penyiaran tapi stadium kosong ATAU stadium perlu penuh dulu baru datang hak penyiaran & siaran langsung yang bernilai tinggi

Tolong huraikan sesiapa yang bijak

— anakmemberontak (@anakmember0ntak) January 17, 2021

Antara yang menarik perhatian adalah daripada pengguna Twitter, EjattIsHere yang menegaskan, baginya, di Asia, ‘broadcasting’ atau siaran langsung yang perlu datang dahulu dan memberi contoh J-League dan Liga 1 Indonesia, di mana stadium tidak sentiasa penuh tetapi sekiranya ada siaran langsung, ia meningkatkan hasil buat kelab.

Katanya yang menegaskan stadium di Asia dan Malaysia sukar untuk penuh, “Bagi aku, advertising and promotion yang berterusan dapat menarik fans ke stadium. Dan takde medium yang betul-betul berkesan kecuali media elektronik (TV dan internet).”

Jika begitu, berapa pula agaknya angka kehadiran penyokong yang diperlukan bagi menjana pendapat buat pasukan? Jawabnya, “Bergantung pada kelab dan liga. Berapa bajet dia setahun? Gaji player? Maintenance stadium dan pusat latihan serta lain-lain. Team macam JDT mesti kena lebih, team macam UiTM FC mungkin kurang.”

Bagaimana untuk mengetahui data sebegitu, menurutnya hanya pasukan-pasukan sahaja yang mengetahuinya. Kita para penyokong tidak ‘dibentangkan’ mengenai hasil pendapatan pasukan datang daripada mana, satu yang sepatutnya kita dimaklumkan.

Kehadiran semula penyokong di stadium bagi menyaksikan perlawanan bola sepak saingan Liga M musim depan akan memberi sedikit kelegaan kepada kelab yang dapat meraih pendapatan bagi menguruskan pasukan – Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Ahmad Muzakkir Hamid pic.twitter.com/EaLjvCltxY

— BERNAMA Radio

tudung sekolah

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News