Pergi ke mana cuti sekolah?

by Oh! Semput


HOME Posted on 14 Sep 2021 13:31:43



Cuti sekolah dah mula. Dapat la cikgu-cikgu merehatkan diri dari menyediakan bahan pdpr yang memang mencabar tika ini. 

Ibu bapa pun dapat rehatkan diri dari menjadi 'singa' demi memastikan anak-anak berpdpr ni.

Kalau tiada sokongan dan komitmen dari ibu-bapa, memang pdpdr tak dapat dilaksanakan dengan baik.

Terima kasih ibu bapa/ penjaga yang membantu guru dalam pdpr! Berehatlah seketika seminggu ni ya?

Banyak tempat percutian dah buka, anda pergi jalan ke mana? Seronok tengok orang update2 pergi bercuti. Jaga SOP ya.

Kami sekeluarga walau dah lengkap vaksin tapi tetap rasa tak senang hati memandangkan kes di daerah saya ni terus meningkat, jadi belum lagi nak bercuti ke sana ke mari. 

Sian kat anak-anak yang belum vaksin ni walaupun pernah banyak kali dengar dan membaca, virus covid ni memang kurang kesan yang teruk kepada kanak-kanak yang sedang membesar.

Rasa risau tu tetap ada. Dalam wishlist ni dah becadang macam-macam tempat nak pergi jalan bila kes dah betul-betul kurang dan dipastikan selamat.

Everyone stay strong, stay still ya.

Tapi yang penting nak balik kampung dulu

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News