Perintah berkurung dilanjutkan di 6 kawasan Madinah

by Oh! Semput


2
SHARES
25
VIEWS
Posted on 28 Mar 2020 22:01:06

KONGSI ARTIKEL

MADINAH: Pihak berkuasa Madinah pada Sabtu (28 Mac) melanjutkan tempoh perintah berkurung di enam kawasan.

Kawasan-kawasan tersebut adalah Al-Shuraybaat, Bani Zufr, Qurbaan, Al-Jum'a, sebahagian Iskaan dan Bani Khudr. Saudi Gazette melaporkan, bahawa langkah-langkah itu dilaksanakan bertujuan menyekat pergerakan keluar masuk di kawasan-kawasan tersebut sepanjang hari.

Ini merupakan sebahagian daripada langkah pencegahan dan berjaga-jaga untuk melindungi kesihatan dan keselamatan warga tempatan, sejajar dengan saranan kesihatan yang dibuat oleh pihak berkuasa, menurut Agensi Berita Saudi (SPA).

Langkah tersebut dilaksanakan mulai 6.00 pagi pada Sabtu buat tempoh yang tidak ditetapkan.

Dalam satu kenyataan, pihak berkuasa daerah mengumumkan bahawa para penduduk masih boleh mendapatkan keperluan penting seperti penjagaan kesihatan dan barangan asas antara 6.00 pagi hingga 3.00 petang.

Mereka juga digesa agar melakukan kuarantin secara sukarela di rumah masing-masing dan melaporkan kepada pihak penguasa kesihatan jika timbul simptom virus korona COVID-19. 

- Agensi berita/TQ/tq

Tagged Topics

KONGSI ARTIKEL

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts