Perisian AMD Software: Adrenalin Boleh Menyebabkan Kerosakan Pada SSD

by Oh! Semput


5
SHARES
71
VIEWS
Posted on 10 Nov 2026 07:00:47

Jika anda, seperti saya, seorang pengguna PC dengan kad grafik AMD Radeon, isu berkenaan perisian pemandu adalah bagaikan isi dengan kuku. Tetap kali ini, ia telah disahkan bahawa kemaskini perisian AMD Software: Adrenalin akan menyebabkan isu kemerosotan prestasi pada storan komputer anda.

Baru-baru ini, AMD telah mengesahkan bahawa pemilik komputer yang menggunakan kad grafik AMD Radeon dan perisian pemandu AMD Software: Adrenalin versi 26.19.2 dan kebawah, dan berkemungkinan juga versi 26.20.2 yang terbaru akan hadir dengan isu dimana fungsi External Events Utility (EEU) akan merakamkan data pada storan anda pada kadar 1MB/s ke 5MB/s sepanjang masa, menyebabkan kemerosotan kesihatan dan prestasi storan anda.

Perkara ini menjadi isu walaupun hanya pada kadar 1MB/s kerana pada kadar tersebut, sekiranya ia berlaku sepanjang masa, adalah sama seperti menulis data sebanyak 84GB dalam tempoh 24 jam, manakala pada kadar 5MB/s pula, ia adalah seperti anda menulis sebanyak 432GB dalam tempoh yang sama.

Kadar penulisan yang sangat tinggi ini dilihat serius khususnya untuk komponen storan dengan kapasiti yang rendah, kerana kadar kegagalan (mean time before failure) adalah lebih rendah berbanding dengan storan berkapasiti tinggi. Ditambah lagi dengan kos komponen storan (SSD mahupun cakera keras) yang semakin tinggi, perkara ini dilihat sebagai sebuah isu yng sangat serius khususnya untuk pengguna biasa.

AMD dilaporkan juga sedar akan isu ini, dan mengatakan bahawa kemaskini AMD Software Adrenalin akan memperbaiki isu ini dalam masa terdekat ini.

: Tom’s Hardware

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts