JAIM perjelas isu `holy water' di taman tema

by Oh! Semput


5
SHARES
70
VIEWS
Posted on 20 Dec 2016 11:00:54

ALOR GAJAH: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) memandang serius tindakan seorang pengguna laman sosial Facebook (FB), yang memuat naik video membabitkan air keagamaan yang didakwa sebagai ‘holy water’ sehingga mencetuskan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.

Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, Rahimin Bani, berkata individu terbabit tidak sepatutnya memperbesarkan isu itu yang akhirnya boleh mengaibkan diri sendiri.

KETUA Pegawai Penguat Kuasanya, Rahimin Bani. – Foto Muhammad Hatim Ab Manan

“Individu itu gagal memahami situasi sebenar yang didakwa berlaku di sebuah taman tema air di negeri ini.

“Berdasarkan maklumat awal, air yang didakwa sebagai ‘holy water’ itu hanya air mineral biasa yang digunakan dalam upacara keagamaan oleh sami Buddha dari Taiwan.

“Ia dilakukan setiap tahun di situ bagi memohon kebaikan dan murah rezeki mengikut kepercayaan mereka,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Rahimin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai viral di FB mengenai ‘holy water’ yang didakwa dilakukan kumpulan pertubuhan agama di sebuah taman tema air, di sini.

Video berdurasi 59 saat itu memaparkan aktiviti menjirus air dilakukan pertubuhan kumpulan keagamaan terbabit di beberapa lokasi di premis taman tema berkenaan.

Rahimin berkata, air itu tiada kena-mengena dengan air keagamaan, malah tidak mengandungi sebarang campuran yang boleh menimbulkan kebimbangan umat Islam.

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts