Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang

by Oh! Semput


2
SHARES
32
VIEWS
Posted on 29 Oct 2026 07:30:12

Sony Semiconductor Solutions mengumumkan sensor imej CMOS baharu, IMX742, yang disasarkan kepada generasi baharu endoskop perubatan pakai buang.

Sensor ini yang hanya bersaiz 1 milimeter persegi merupakan antara sensor paling kompak untuk aplikasi perubatan yang memerlukan peranti bersaiz kecil bagi keselesaan pesakit ketika menjalani pemeriksaan kesihatan .

Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
Endoskop ialah instrumen fleksibel yang menggabungkan gentian optik untuk membolehkan doktor memeriksa bahagian dalam struktur tertentu yang berbentuk tiub di dalam badan.

Keistimewaan utama IMX742 ialah keupayaannya menghantar data digital sehingga 5 meter melalui kabel, yang menurut Sony merupakan yang pertama dalam industri bagi sensor imej untuk endoskop perubatan.

Teknologi ini membolehkan sistem endoskop direka dengan lebih fleksibel tanpa menjejaskan kualiti dengan penghantaran imej berdefinisi tinggi.

Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
Perbandingan imej endoskop analog dan endoskop dengan sensor IMX742.

Walaupun kecil, sensor ini menawarkan resolusi sekitar 0.51 megapiksel dengan output 720 × 720 piksel serta rakaman video sehingga 60 bingkai sesaat (fps).

Proses pendigitalan isyarat terus pada sensor juga membantu mengurangkan gangguan hingar dan menghasilkan imej yang lebih jelas, terutama dalam persekitaran pencahayaan rendah di dalam tubuh manusia.

Sony turut menggunakan teknologi komunikasi dua hala yang membolehkan penghantaran data video dan isyarat kawalan melalui kabel yang sama.

Dengan peningkatan penggunaan endoskop pakai buang bagi mengurangkan risiko jangkitan dan kos penyelenggaraan, IMX742 dijangka membantu menghasilkan peranti perubatan yang lebih kecil lebih moden dalam menghantar visual berkualiti tinggi serta menawarkan keselesaan maksimum kepada pesakit.

{suggest}

Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts