Xbox Perkenal ‘XP’ Untuk Kembangkan Francaisnya Di Luar Permainan Video

by Oh! Semput


4
SHARES
49
VIEWS
Posted on 08 Oct 2026 14:30:29

Xbox kini memperkenalkan XP, bahagian baharu yang akan memberi tumpuan kepada cara peminat menikmati francaisnya di luar permainan video, termasuk filem, televisyen, produk pengguna, perkongsian strategik serta pengalaman secara langsung.

Menurut Ketua Pegawai Strategi Xbox Matthew Ball, XP diwujudkan dengan menghimpunkan keupayaan yang sebelum ini dikendalikan oleh beberapa pasukan berbeza di dalam syarikat. Bahagian ini akan memfokuskan kepada empat bidang utama, iaitu Xbox Pictures, Xbox Products, Xbox Places dan Xbox Partnerships.

Xbox Pictures akan menguruskan adaptasi francais ke filem, televisyen dan bentuk penceritaan lain, manakala Xbox Products memfokuskan kepada pelesenan dan barangan berasaskan francais (merchandise).

Xbox Partnerships pula akan mengendalikan kerjasama dengan pencipta kandungan, penaja dan rakan kongsi jenama. Sementara itu, Xbox Places merangkumi acara secara langsung, taman tema serta pengalaman berasaskan lokasi lain.

XP akan diketuai oleh Kayleen Walters sebagai Presiden, yang sebelum ini mengetuai Mojang, studio di sebalik permainan popular Minecraft.

Pelantikan ini juga selari dengan pengalaman Kayleen dalam mengembangkan francais hiburan. Sebelum menyertai Xbox, beliau menghabiskan 13 tahun di Lucasfilm dan membantu mengembangkan Star Wars menerusi filem, produk dan kerjasama. Ketika di Mojang, beliau membantu mengembangkan perniagaan produk pengguna Minecraft menjadi perniagaan bernilai berbilion dolar dengan lebih 250 pemegang lesen, selain berkhidmat sebagai penerbit eksekutif A Minecraft Movie.

Bagaimanapun, Xbox menegaskan permainan video masih kekal sebagai teras kepada francaisnya. XP pula diwujudkan untuk menyediakan lebih banyak cara kepada peminat menikmati dunia yang dibangunkan melalui permainan Xbox.

{suggest}

Xbox Perkenal ‘XP’ Untuk Kembangkan Francaisnya Di Luar Permainan Video WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts