CIMB Perkenal Ciri Zakat365 – Kira Dan Bayar Zakat Dengan Mudah Melalui CIMB OCTO

by Oh! Semput


4
SHARES
46
VIEWS
Posted on 17 Nov 2026 14:00:44

CIMB hari ini mengumumkan penambahan ciri baharu pada aplikasi CIMB OCTO, dinamakan Zakat365. Menggunakannya, pengguna perkhidmatan perbankan CIMB boleh dengan mudah melakukan kiraan zakat mereka, dan seterusnya membayar terus menggunakan aplikasi berkenaan.

Buat masa ini, Zakat365 menyokong Lembaga Zakat Negeri Kedah, Lembaga Zakat Selangor, dan juga Pusat Pungutan Zakat-MAIWP. Pilihan institusi pembayaran zakat ini dijangka akan terus ditambah dari masa ke semasa.

Selepas pemilihan institusi, Zakat365 akan secara automatik memperlihatkan anggaran pembayaran zakat berdasarkan kepada simpanan, pelaburan dan lain-lain, mengambil kira sejumlah perkara yang tersedia dalam akaun perbankan CIMB anda. Pengguna juga turut boleh memasukkan data tambahan seperti simpanan dan pelaburan diluar CIMB untuk pengiraan zakat sekali dalam pembayaran berkenaan. Sebaik sahaja selesai, pengguna akan dipaparkan dengan anggaran zakat, dan seterusnya boleh melakukan pembayaran terus menggunakan CIMB OCTO.

Ciri ini baru sahaja diumumkan, dan dijangka diperkenalkan secara berperingkat. Buat masa ini, akaun kami di CIMB OCTO masih belum menerimanya lagi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts