Dua Perlawanan ACL Babitkan Kelab Iran Ditangguhkan Kerana Isu Keselamatan

by Oh! Semput


2
SHARES
26
VIEWS
Posted on 22 Jan 2020 17:01:47

Dua perlawanan pusingan awal kelayakan membabitkan kelab Iran terpaksa ditangguhkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) disebabkan isu keselamatan.

Penangguhan tersebut adalah berikutan langkah oleh AFC yang terpaksa mengambil keputusan memindahkan perlawanan ke gelanggang berkecuali.

Antara perlawanan yang ditangguhkan itu adalah perlawanan membabitkan Shahr Khodro FC yang sepatutnya menjadi tuan rumah kepada kelab Bahrain, Riffa.

Satu lagi penangguhan pula membabitkan perlawanan diantara Esteghlal FC yang dijadualkan berhadapan Kuwait SC. Kedua-dua perlawanan ditangguhkan selepas kerajaan masing-masing memberi amaran kunjungan ke Iran.

“Untuk membantu memudahan pertukaran gelanggang berkecuali, selepas ia diluluskan oleh jawatankuasa berkaitan, AFC akan mengubah tarikh perlawanan pada 25 Januari di Emiriah Arab Bersatu (UAE),” jelas satu kenyataan daripada AFC.

Sebelum ini media melaporkan empat kelab dari Iran enggan bertanding di Liga Juara-Juara Asia 2020 sekiranya tidak diberikan hak selaku pasukan tuan rumah.

Selain Esteghlal FC dan Shahr Khodro FC, dua lagi pasukan dari Iran yang sepatutnya turut bertanding adalah Persepolis dan Sepahan.

Isu keselamatan di wilayah terbabit timbul akibat ketegangan diantara Tehran dan Washington baru-baru ini.

Tentera Iran menembak jatuh pesawat Ukraine International Airlines tanpa sengaja 8 Januari lalu sehingga mengorbankan 176 mangsa sebagai tindak balas negara tersebut terhadap Amerika Syarikat, susulan pembunuhan jeneral tertinggi mereka, Jeneral Qassem Soleimani.

Ini bukan pertama kali perlawanan bola sepak ditangguhkan akibat ketegangan politik di Iran.

Pada 2016, perlawanan di antara kelab Iran dan Arab Saudi dilangsungkan di gelanggang berkecuali berikutan kebimbingan yang dibangkitkan oleh Arab Saudi berkaitan isu keselamatan berkunjung ke negara tersebut.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts