Perlembagaan Negara kena pinda jika kita sertai Statut Rom

by Oh! Semput


3
SHARES
36
VIEWS
Posted on 22 Mar 2019 23:00:58

BANGI, 15 Rejab 1440H, Jumaat – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad berpendapat bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda, tatkala Malaysia menyertai Statut Rom.

Pada masa sama beliau juga menjelaskan bahawa persetujuan Majlis Raja-Raja diperlukan sebelum negara menyertai statut itu berdasarkan peruntukan Perkara 38 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan:

“Tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.”

Beliau memberi dua sebab perlunya Perlembagaan dipinda iaitu pertama, untuk memberi bidang kuasa kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC); dan kedua, ianya menyentuh kedudukan Raja-Raja.

Mengenai yang pertama, beliau berkata, tidak dapat dihujahkan sebaliknya bahawa, di bawah Perlembagaan Persekutuan, kuasa kehakiman terletak kepada mahkamah.

“Hanya mahkamah-mahkamah yang disebut oleh Perlembagaan dan yang diwujudkan oleh undang-undang Persekutuan sahaja yang mempunyai bidang kuasa membicarakan kes-kes yang berlaku di negara ini. Mahkamah luar negara tidak ada bidang kuasa mengenainya,” katanya.

“Walaupun penerimaan (Statut Rom) itu disahkan oleh Parlimen, peruntukam Perlembagaan masih kekal. Selagi Perlembagaan tidak dipinda bagi memperuntukkan bahawa ICC diberi bidang kuasa membicarakan kesalahan itu yang dilakukan di Malaysia, ICC tidak mempunyai bidang kuasa membicarakannya.

“(Ini) disebabkan ICC bukanlah sebuah mahkamah yang ditubuh oleh atau menurut peruntukan Perlembagaan Malaysia,” katanya mengulas isu Statut Rom yang disertai Malaysia.

Mengenai sebab kedua, Abdul Hamid berkata, jika negara menerima Statut Rom, Raja-Raja boleh didakwa di ICC bagi kesalahan-kesalahan itu jika ia dilakukan oleh atau atas arahan mereka sendiri.

Katanya, mengikut Perkara 181 (2) Perlembagaan Persekutuan:

“(2) Tiada apa-apa jua prosiding pun boleh dibawa di dalam mana-mana mahkamah terhadap Raja sesuatu Negeri atas sifat peribadinya kecuali di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV.”

“Ertinya, hanya Mahkamah Khas yang mempunyai bidangkusa ke atas Raja-Raja. Maka, untuk memberi bidangkuasa kepada ICC untuk membicarakan Raja-Raja, Perkara 181 perlulah dipinda,” katanya.

IKUTI ULASAN PENUH BELIAU MENGENAI STATUT ROM DALAM RUANG ARTIKEL ISMAWEB.NET

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts