Perli Anwar? Faizal Azumu kata tak tengok wayang, mereka bermunajat

by Oh! Semput


3
SHARES
41
VIEWS
Posted on 24 Nov 2022 11:34:45

Sudah lima hari jawatan Perdana Menteri Malaysia Ke-5 masih kosong dan belum terisi. Disebabkan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) tidak mampu mencukupi kerusi majoriti, YDPA Sultan Abdullah telah menitahkan supaya dibentuk Kerajaan Perpaduan untuk mentadbir negara.

Pagi tadi, Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PB) Datuk Seri Ahmaf Azumu sempat menjawab pertanyaan wartawan yang berada di hadapan kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara.

Dalam nada berseloroh, beliau meminta pihak media supaya bertanya bertanya kepada pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim adakah seronok ‘menonton wayang’.

“Tanyalah Anwar. Semalam dia tengok wayang cerita apa? Seronok tak?,” katanya di luar kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin

alt

Menerusi laporan dari Awani, Faizal atau mesra disapa Peja telah memandu sendiri kenderaannya turut menjawab soalan wartawan yang bertanya sama ada dia akan memberikan popcorn ataupun tidak.

“Saya tak tengok wayang. Kita munajat tak makan popcorn,” ujarnya.

alt

Semalam, Pengerusi PH, Anwar Ibrahim telah menjawab mesra beberapa pertanyaan daripada wartawan di hadapan pejabat dan kediamannya dengan mengatakan mahu menonton wayang selepas kenderaan yang dinaiki keluar menuju ke suatu lokasi.

Tak hanya itu, beliau turut menghulurkan ‘popcorn’ kepada wartawan sebagai kudapan sementara menanti berita penting berkenaan pelantikan Perdana Menteri ke-10 negara.

: Astro Awani (Rahimah Abdullah)

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts