Imej Perlihatkan Ciri Dan Ikon Baharu Yang Bakal Dibawa Pada MIUI 11

by Oh! Semput


HOME Posted on 11 Sep 2019 14:01:30



Reading Time: 1 minute

Dikala pemilik peranti Xiaomi masih menanti ketibaan MIUI 11 berasaskan Android 10, sistem tersebut dikatakan telah dilepaskan secara tidak sengaja oleh syarikat pengeluar kepada beberapa peranti seperti Redmi K20 Pro, Mi Mix 2S dan Mi 6, memperlihatkan rekaan baharu yang bakal tampil pada MIUI 11.

Ikon baharu

Antaramuka paparan tetapan kini diperbaharui dengan ikon yang lebih berwarna-warni.

Rekaan antaramuka baharu

Rakaman skrin yang didedahkan ini turut menunjukkan MIUI menggunakan banyak ruang berwarna putih serta penggunaan font lebih tebal dan besar.

Ciri baharu

MIUI 11 dijangka akan menghadirkan ciri pemindahan fail antara peranti sepertimana yang telah dilaporkan sebelum ini iaitu ciri yang dibangunkan secara bersama antara Xiaomi, Vivo dan OPPO. Selain itu, Always on Display juga akan ditampilkan termasuk keupayaan bertukar-tukar warna teks secara automatik serta pelbagai reka bentuk paparan.

Penambahan ciri lain yang dikhabarkan adalah bunyi dinamik baharu, aplikasi Xiaomi Community, penjadual mod gelap, dan ciri membalas teks lebih pantas bagi beberapa aplikasi pemesejan. Desas-desus menyatakan MIUI 11 akan dilancarkan disamping pengenalan Mi Mix 4.

: XDA Developers

Imej Perlihatkan Ciri Dan Ikon Baharu Yang Bakal Dibawa Pada MIUI 11 WISER.MY.

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...