“Tak Perlu Dengki, Kalau Teringin Pesan & Bayar” – Rita Rudaini Guna Duit Sendiri Jaga Makan Anak Di MRSM

by Oh! Semput


2
SHARES
27
VIEWS
Posted on 20 Aug 2026 10:01:08

Pelakon Rita Rudaini mengambil inisiatif menempah hidangan khas buat anaknya yang sedang menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 50, berkata, dia sendiri merancang menu harian dan mengeluarkan wang sendiri selain mendapatkan kerjasama pihak kafe untuk menyediakan hidangan mengikut pilihannya.

Advertisement

Rita rudaini

Menerusi perkongsian di Threads, Rita berkata, pemakanan yang baik sepanjang tempoh peperiksaan sama pentingnya dengan persediaan dalam pembelajaran.

“Sepanjang anak saya menduduki peperiksaan percubaan SPM MRSM, saya sendiri mengambil inisiatif menjaga pemakanannya.

“Saya keluarkan duit sendiri, rancang menu sendiri dan minta kerjasama kafe untuk bantu menyediakan hidangan yang saya pilih.

“Sejujurnya, saya memang suka melakukannya. Bagi saya, waktu peperiksaan bukan hanya mengenai pembelajaran. Pemakanan sihat dan cukup nutrisi juga sangat penting untuk tenaga, tumpuan dan minda, terutama ketika anak berjuang menghadapi peperiksaan.”

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, penyediaan makanan berkhasiat merupakan antara caranya memberikan sokongan kepada anak dari rumah sepanjang melalui tempoh penting tersebut.

Dalam masa sama, Rita menegaskan segala perbelanjaan untuk menyediakan menu berkenaan menggunakan wangnya sendiri dan tidak melibatkan dana atau sumbangan daripada mana-mana pihak.

Bagi Rita, tindakannya itu tidak lebih daripada usaha seorang ibu yang mahu memberikan yang terbaik kepada anaknya, terutama ketika berdepan peperiksaan penting.

Perkongsian pelakon drama Jiwa Seorang Pentaksub itu turut mendapat perhatian warganet khususnya ibu bapa yang mempunyai anak tinggal di asrama.

Malah, ada yang bersetuju bahawa aspek pemakanan juga perlu diberi perhatian ketika anak-anak berdepan peperiksaan bagi membantu mereka kekal bertenaga dan fokus.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Pang chin fei
2026-08-20 13:22:25

Penyampai Berita TV3 Didakwa 'Hilang' Seperti Zalina Azman, Pang Chinn Fei Respon - “Tak Muncul Di TV Bukan Bermakna Hilang”

“Tak Perlu Dengki, Kalau Teringin Pesan & Bayar” – Rita Rudaini Guna Duit Sendiri Jaga Makan Anak Di MRSM first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts