Apa Yang Perlu Dibuat Untuk Optimumkan Hayat Bateri Peranti

by Oh! Semput


HOME Posted on 10 Aug 2018 17:00:34


Ramai yang tertanya – tanya, adakah dengan menutup “Background Apps” pada peranti dapat memanjangkan hayat bateri? namun, menurut timbalan president kejuruteraan Android, ianya hanyalah sekadar mitos.

 

Berikut antara perkara yang boleh anda amalkan untuk memanjangkan hayat bateri peranti pintar.

1. Tutup notifikasi bagi aplikasi yang kerap digunakan

Dengan menutup notifikasi pada aplikasi sememangnya banyak membantu, apapun jangan sampai terlepas info – info penting.

2. Minimumkan pernggunaan data pada aplikasi

Tiada masalah untuk membiarkan aplikasi berjalan pada latar belakang, namun apa yang penting, hadkan akses data. Ini kerana penggunaan data yang berlebihan akan “memakan” hayat bateri.

3. Matikan notifikasi getaran pada panggilan atau mesej

Fungsi “Vibrate” sememangnya sangat berguna sebagai peringatan sekiranya peranti menerima panggilan ataupun notifikasi mesej. Bagaimanapun berdasarkan kajian, fungsi getaran ini menggunakan banyak kuasa bateri.

4. Guna fungsi “Adaptive Brightness”

Fungsi ini boleh dikatakan terdapat pada hampir semua peranti pintar. Dimana tahap kecerahan layar akan dilaraskan mengikut persekitaran dan ianya terbukti berkesan dalam menjimatkan penggunaan kuasa bateri.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

SUMBER ASAL


Norlida Ishak Shop
Leave a Comment:

Related News