CDC perlu kepimpinan yang teguh dan faham keperluan penduduk: PM Lee

by Oh! Semput


2
SHARES
25
VIEWS
Posted on 23 Sep 2020 16:00:55

SINGAPURA: Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) harus diterajui pemimpin yang kuat dan memahami keperluan penduduk serta dapat menggerakkan sumber-sumber.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata ciri-ciri tersebut akan dapat membantu pihak CDC memenuhi peranan mereka sebagai jambatan antara rakyat dengan pemerintah.

Di tengah-tengah krisis seperti pandemik COVID-19 sekarang, sumbangan mereka menjadi lebih terserlah.

PM Lee menarik perhatian, pihak CDC sudah melancarkan lebih 70 inisiatif antara bulan Februari dengan termasuk skim baucar bernilai S$20 juta untuk membantu 400,000 keluarga menampung kos sara hidup.

"Anda (Pihak CDC) berfungsi bukan hanya sebagai kakitangan untuk melaksanakan program-program, tetapi juga sebagai mata dan telinga untuk mengenal pasti keperluan dan jurang dalam sokongan sosial," kata PM Lee.

"Anda lebih dekat dengan penduduk dan boleh bergantung kepada rangkaian yang kuat, dan anda dapat mengumpulkan keperluan dan sumber serta membina kemampuan bersama rakan kerja anda, dan menyatukan masyarakat. Anda kumpulkan, membina dan menghubungkan - ia boleh menjadi cogan kata baru anda."

Encik Lee berkata demikian hari ini (23 Sep) ketika berucap di majlis mengangkat sumpah Datuk Bandar lima daerah yang juga merupakan ketua CDC masing-masing.

Tiga daripada mereka dilantik semula termasuk Cik Low Yen Ling, Cik Denise Phua dan Encik Desmond Choo.

Cik Low juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Datuk Bandar.

Encik Alex Yam dan Encik Mohd Fahmi Aliman merupakan Datuk Bandar kali pertama.

Encik Fahmi Aliman menjadi Datuk Bandar CDC Tenggara menggantikan Dr Mohamad Maliki Osman.

Anggota Parlimen GRC Marine Parade itu juga adalah Pengarah Sekretariat Operasi dan Pengerahan di NTUC.

Tiga bidang utama yang sedang beliau usahakan termasuk membantu pekerja mengekalkan pekerjaan atau mencari pekerjaan baru, sokongan mental untuk golongan muda serta menggalakkan hubungan baik antara agama di daerah Tenggara.

"Sekarang ini masih sukar untuk mendapat pekerjaan jadi kami di CDC akan mendengar apakah inisiatif-inisiatif yang boleh kita bantu untuk masyarakat di CDC Tenggara ini, untuk bukan sahaja untuk mendapatkan pekerjaan tetapi membantu mereka untuk mempertingkatkan lagi kemahiran, mutu pekerjaan," kongsi Encik Fahmi.

"Saya ingin melihat lebih ramai masyarakat atau cikgu-cikgu atau majikan yang boleh memahami isu-isu mental dan boleh memberi bantuan yang kehadapan untuk murid-murid sekolah, belia-belia atau pekerja muda kita supaya mereka mendapat bantuan lebih awal." 

- CNA/HK/RR/tq

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts