Tak perlu pun ketat2, Aina Abdul dipuji pergi gym pakai ‘dress’ muslimah

by Oh! Semput


1
SHARES
10
VIEWS
Posted on 20 May 2022 15:00:44

Kebiasaannya, mereka yang mahu bersenam atau workout di gimnasium akan mengenakan pakaian yang sesuai supaya ia tidak mengganggu segala gerakan yang dilakukan.

Selalunya, pakaian yang agak ketat atau mengikut bentuk badan akan dipakai kerana dapat mengurangkan ruang udara supaya pergerakan lebih lancar.

Namun bagi wanita bertudung, isu tersebut agak sensitif memandangkan ia dilihat kurang manis kerana tidak sesuai dengan penampilan.

Walau bagaimanapun, penyanyi hebat, Aina Abdul telah mematahkan stereotaip itu dengan hadir ke gimnasium dengan memakai dress labuh serta tidak ketat sama sekali.

Dengan tenang, Aina mampu sahaja mengangkat dumbbells dan bersenam seperti biasa tanpa perlu menggayakan baju sukan yang ketat ataupun mendedahkan bentuk fizikalnya.

Posting tersebut juga disertakan dengan kapsyen mengatakan yang dia hadir ke gimnasium selepas bekerja dan terserempak dengan penyanyi lelaki, Syamel yangg turut berada di sana.

“Quick gym session after work. session harini terserempak dengan Syamel,” tulisnya ringkas.

alt

Perkongsian video di Intagram penyanyi itu telah mendapat pelbagai maklum balas positif daripada rakan selebriti dan juga warganet.

Rata-rata memuji penampilan Aina yang masih lagi menjaga penampilan walaupun sedang bersenam. Mereka juga mengakui terinspirasi dengan apa yang dilakukan penyanyi lagu ‘Semalam’ ini kerana ia sedikit sebanyak membantu wanita bertudung untuk yakin ke gimnasium tanpa perlu mengenakan pakaian yang ketat ataupun menampakkan bentuk badan.

alt

alt

alt

alt

alt

: Instagram Aina Abdul

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts