“Perlu Ke Acah-Acah Macam Minum Arak?” – Netizen Persoal Video Promosi Minuman ‘Shot’ Di Restoran

by Oh! Semput


2
SHARES
24
VIEWS
Posted on 05 Sep 2026 03:01:06

Sebuah perkongsian di media sosial mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet selepas beberapa individu mempersoalkan kandungan video yang memaparkan seorang lelaki memegang minuman dalam suasana seolah-olah sedang menikmati ‘shot’ di sebuah premis makanan.

Menerusi perkongsian di Threads, seorang pengguna meluahkan kebimbangan terhadap video berkenaan kerana menyifatkan gaya penyampaian tersebut seakan-akan menyerupai budaya minum arak.

Advertisement

“Even air kosong tapi niat dalam hati ada terdetik macam ‘shot’ menyerupai arak pun dah kira Haram. Kan?”

Perkongsian itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang mempunyai pandangan berbeza mengenai perkara berkenaan.

Ada yang mempersoalkan tindakan memaparkan gaya seakan-akan meminum minuman beralkohol, terutama apabila ia dikaitkan dengan suasana hiburan dan restoran.

Seorang pengguna mendakwa, tidak sepatutnya budaya sedemikian dinormalisasikan, meskipun minuman yang digunakan bukan arak.

dd

“Perlu ke tunjuk budaya acah-acah minum arak halal kononya ni, apa kau nak tunjuk sebenarnya nak normalisasikan arak ke, agama kita tak ajar minum arak kau pulak tolong ajar minum arak.”

Dalam pada itu, terdapat juga komen yang mempertikaikan aksesori yang dipakai individu dalam video berkenaan.

Seorang pengguna mendakwa pemakaian gelang dan rantai tertentu turut menimbulkan persoalan dari sudut agama, manakala seorang lagi menyatakan terdapat tulisan ‘shot’ pada kandungan yang dikongsikan.

Namun begitu, ada juga warganet yang melihat isu tersebut dari sudut berbeza dan mengingatkan supaya perkara itu tidak diperbesarkan.

Perdebatan berkenaan turut menyentuh persoalan mengenai niat, penampilan serta bagaimana sesuatu kandungan boleh memberi gambaran berbeza kepada penonton.

Setakat perkongsian tersebut, tidak dapat dipastikan jenis minuman sebenar yang berada dalam gelas berkenaan atau tujuan sebenar kandungan itu dihasilkan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-09-04 09:43:45

"Pelakon Budak Tebing Rupanya" - Kes Dah Selesai, Wanita Viral Isu Potong Barisan 'Kepala Hotak Kau' Dedah Tiada Video Dari Pihak Mereka

 

“Perlu Ke Acah-Acah Macam Minum Arak?” – Netizen Persoal Video Promosi Minuman ‘Shot’ Di Restoran first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts