Tak perlu lagi mesin ventilator, Ainul Mardhiah sudah sedar sepenuhnya

by Oh! Semput


2
SHARES
25
VIEWS
Posted on 06 Aug 2022 18:31:00

Kesihatan adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin semakin baik setelah bapanya, Ahmad Safiuddin berkongsi perkembangan terkini anaknya di media sosial.

Menurutnya, Ainul sudahpun sedar sepenuhnya dan mesin ventilator sudah dimatikan. Bacaan darah juga sudah normal serta beberapa lagi ubat sudah dihentikan pemberian kepada kanak-kanak tersebut.

Walau bagaimanapun, doktor yang merawat mengatakan kuman masih ada di dalam badan jadi antibiotik masih lagi diberikan sehingga doktor memutuskan untuk menghentikan pemberian tersebut.

Dalam pada itu, Ahmad Safiuddin juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penderma darah yang membolehkan anaknya mendapat bekalan darah tambahan sewaktu dirawat.

Cuma kuman masih ada lagi dan perlu teruskan antibiotik, sehingga bila, itu terpulang pada doktor, doktor lebih tahu. Asalkan Ainul sihat sahaja.
“Hari ini Ainul kena tambah darah, terima kasih penderma darah. Orang seperti Ainul ini sangat perlukan darah tambahan, beruntung orang yang suka menderma darah ini.
“Pahala anda sentiasa mengalir sebab telah berbuat ihsan sesama manusia,” tulisnya.

Dia turut menyertakan sekali wajah terkini Ainul tanpa mesin ventilator dan dilihat sudah sedar serta membuka mata.

Menurutnya, dia dan isteri kini sedang bergilir-gilir menjaga Ainul di hospital bagi memastikan perkembangan anak mereka terus terpantau.

Perkongsian yang dibuat oleh Ahmad Safiuddin telah membuatkan ramai pengguna media sosial berasa lega dan mengucapkan rasa syukur dengan berita baik ini.

Seperti biasa, doa dan kata-kata semangat dititipkan menerusi ruangan komen agar adik Ainul kembali sihat seperti biasa dan membesar dengan baik selepas ini.

: Facebook Ahmad Safiuddin

alt

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts