PERMAS anjur forum Institusi Raja Berperlembagaan

by Oh! Semput


9
SHARES
115
VIEWS
Posted on 24 Dec 2016 14:00:47

PRESIDEN Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PARMAS), Datuk Abdul Halim Ali pada sidang media di Hotel Regency. – Foto Muhd Asyraf Sawal

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS) akan menganjurkan forum peranan dan kepentingan Institusi Raja Berperlembagaan menerusi siri jelajahnya di seluruh negara, mulai tahun depan.

Presiden, Datuk Abdul Halim Ali, berkata inisiatif itu dilaksanakan berikutan ramai dalam kalangan rakyat yang masih tidak memahami atau sudah salah tafsir maksud sebenar peranan institusi itu.

“PERMAS akan terus mempertahankan kedaulatan institusi itu seperti terkandung dalam Perlembagaan. Wakil PERMAS di setiap negeri akan usaha untuk menganjurkan forum sekurang-kurangnya sekali sebulan, itu sasaran kami.

“Malah, PERMAS juga masih dalam peringkat perbincangan untuk menghantar satu surat deklarasi kepada pihak istana untuk dimaklumkan terus kepada Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Kelantan Sultan Muhammad.

“Baginda akan menjadi tetamu kehormat PERMAS dalam forum utama yang berkemungkinan besar akan diadakan di Dataran Merdeka, di sini penggal pertama tahun depan,” katanya pada sidang media mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi PERMAS, di sini, hari ini.

Turut hadir timbalannya, Datuk Ismail Awang dan Setiausaha Agung, Yahya Along Ali.

Kira-kira 100 ahlinya yang hadir pada mesyuarat itu turut melafaz ikrar taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong baharu.

Antara kandungan ikrar itu ialah mempertahankan kedudukan Yang di-Pertuan Agong baharu selain mempertahankan dan mendaulatkan syiar Islam selari dengan Perlembagaan Malaysia.

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts