“Saya Tak Pernah Gagal Bagi Nafkah Anak-Anak Setiap Bulan”

by Oh! Semput


9
SHARES
123
VIEWS
Posted on 24 Jan 2021 13:00:08

Meskipun sudah bercerai hampir lapan tahun sejak 2013, namun kisah mengenai pelakon Rita Rudaini dan juga bekas suaminya, bintang bola sepak, Aidil Zafuan masih tiada kesudahan lagi.

Terbaru, Aidil dilihat memuat naik satu kenyataan di Insta Story menjelaskan dakwaan netizen mengatakan dia tidak membayar nafkah kepada dua anaknya bersama Rita iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

BACA: Peminat Harap Anak Rita Rudaini Jadi Pemain Bola Sepak Sehebat Aidil Zafuan

Menafikan segala dakwaan netizen kononnya dia mengabaikan tanggungjawab, Aidil berkata dia tidak pernah gagal untuk membayar nafkah kepada anak-anak serta mempunyai semua bukti pembayaran nafkah yang dilakukannya.

“Saya difahamkan daripada tuduhan orang ramai yang mengatakan saya tidak memberi nafkah dan tidak menjalankan tanggungjawab membayar nafkah kepada anak-anak.

“Ingin saya nyatakan yang selama in, saya telah memberi nafkah setiap bulan tanpa gagal yang telah ditetapkan oleh pihak mahkamah. Saya ada semua bukti pembayaran ke dalam akaun,” tulisnya.

Kata Aidil lagi, mengenai hal tanggungjawabnya sebagai seorang bapa itu adalah urusannya dengan pihak bekas isteri. Ujarnya, tidak manis jika urusan keluarga dihebahkan kepada umum.

Dalam pada itu, Aidil turut memberi peringatan bahawa dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah serta tanpa bukti yang kukuh.

Rita mendirikan rumah tangga pada 2008, namun perkahwinan mereka dilanda badai sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada 5 September 2013.

Aidil kemudian berkahwin dengan Zarema Zainal pada 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Zeeyad dan Ayres Zachary.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts