Perodua X06E – Bukan Sekadar EV, Tapi Projek Masa Depan Negara

by Oh! Semput


6
SHARES
73
VIEWS
Posted on 09 May 2025 11:00:15

Perodua X06E tampil sebagai prototaip kenderaan elektrik (EV) baharu hasil kolaborasi antara Perodua dan Politeknik Muadzam Shah (PMS), yang pertama kali dipertontonkan kepada umum di Malaysia Autoshow 2025.

Projek ini bukan sekadar menampilkan teknologi HEV/BEV terkini, tetapi turut melibatkan pelajar teknikal tempatan secara langsung, selari dengan usaha Perodua memperkasa pendidikan dan inovasi automotif dalam negara.

Projek X06E dibina atas platform yang menyokong teknologi hibrid dan elektrik penuh, memberikan fleksibiliti dari segi pembangunan trenkuasa untuk masa hadapan.

Walaupun spesifikasi teknikal penuh masih belum didedahkan, prototaip ini dijangka menampilkan elemen reka bentuk moden dan ciri aerodinamik yang selari dengan trend EV global.

Apa yang membezakan X06E bukan sahaja teknologi di dalamnya, tetapi pendekatan kolaboratif yang digunakan. Para pelajar dan tenaga pengajar dari PMS diberi peluang untuk terlibat dalam proses pembangunan sebenar, dari peringkat reka bentuk hingga ujian di mana menjadikannya satu platform latihan industri yang sebenar dan praktikal.

Dengan X06E, Perodua bukan sahaja menunjukkan komitmen terhadap mobiliti mesra alam, tetapi juga peranan aktif dalam membina ekosistem automotif tempatan yang mampan, berpaksikan bakat muda dan teknologi masa depan.

{suggest}

Perodua X06E – Bukan Sekadar EV, Tapi Projek Masa Depan Negara WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts