by Oh! Semput
Sejak pelancaran konsol terbarunya, PlayStation 5 Pro, Sony berdepan kritikan pengguna khususnya pemain tegar permainan konsol ekoran harga jualan yang ditetapkan untuk konsol itu, USD699 (~RM2,955).
Respon terhadap kritikan itu, Sony mempertahankannya dengan dalam satu kenyataan kepada Nikkei bahawa, membangunkan PC adalah lebih sukar dan sedikit merumitkan berbanding konsol.
Bercakap dengan Nikkei, Hideaki Nishino, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perniagaan Platform di Sony Interactive Entertainment berkata bahawa, titik jualan utama kepada penggunanya dengan PS5 Pro baharu ialah kesederhanaan berbanding PC.
“Saya fikir dengan peranti mudah alih, terdapat banyak permainan yang memaparkan iklan, dan dengan PC, persediaan boleh menjadi sukar. Dengan PS, anda boleh segera menikmati kandungan yang anda beli sebaik sahaja anda menghidupkannya. Walaupun di kedai tempat anda membeli perisian, produk dipaparkan dengan jelas, menjadikannya pengalaman intuitif”.
Ini bermakna, Sony mengatakan yang konsol jauh lebih menyenangkan berbanding PC. Pengguna boleh terus hidupkan dan terus main.
Imbas kembali, PS5 Pro menerima naik taraf perkakasan seperti peningkatan kuasa grafik dan kuasa pemprosesan yang menjadikan konsol ini 2 kali lebih berprestasi dari versi PS5.
Prapesan untuk PS5 Pro bakal bermula 26 September ini dan hanya akan tersedia di pasaran bermula 7 November 2024.
{suggest}
: wccftech
Sony Pertahankan Harga PS5 Pro, Konsol Lebih Mudah Dan Senang Banding ‘Setup’ PC WISER.MY.