MSI Claw 8 EX AI+: Pertama Dengan Intel Arc G3 Extreme, Skrin 8 Inci

by Oh! Semput


4
SHARES
48
VIEWS
Posted on 03 Jun 2026 04:00:24

Selepas pasaran konsol permainan mudah alih meriah dengan siri ASUS ROG Ally X20, MSI tidak membuang masa untuk mencuri tumpuan menerusi pengumuman peranti generasi baharunya, MSI Claw 8 EX AI+.

Berbeza dengan pesaingnya, MSI melakar sejarah sebagai jenama pertama dunia yang mempertaruhkan cip pemprosesan Intel Arc G3 Extreme, iaitu platform silikon pertama daripada Intel yang dioptimumkan secara khusus untuk segmen konsol permainan mudah alih.

Langkah ini menjanjikan lonjakan besar daripada aspek prestasi grafik bagi mengendalikan permainan gred AAA, di samping mengekalkan kecekapan tenaga yang tinggi untuk sesi permainan yang lebih panjang.

Dari segi keupayaan visual dan grafik, peranti yang dibina berasaskan seni bina grafik Intel Xe terbaharu ini disokong oleh teknologi XeSS 3 bersama ciri Penjanaan Pelbagai Bingkai (Multi-Frame Generation atau MFG).

Ciri ini membolehkan kadar bingkai sesaat (FPS) ditingkatkan ke tahap maksimum untuk visual yang lebih lancar dan responsif.

Pengalaman itu diperkukuh lagi dengan penggunaan paparan skrin bersaiz 8-inci yang menyokong kadar segar semula boleh ubah 120Hz VRR bagi mengelakkan isu tearing.

Untuk memberikan identiti yang lebih berani dan moden, MSI membawakan reka bentuk kerangka dengan kemasan warna unik yang dipanggil sebagai Void Purple.

MSI turut melakukan rombakan fizikal pada bahagian kerangka dengan menyertakan pemegang ergonomik yang direka semula demi keselesaan tangan untuk penggunaan jangka masa lama.

Kawalan mekanikal peranti dipertingkatkan melalui penggunaan pemicu (triggers) dan analog stick jenis Hall-effect untuk kejituan tinggi, reka bentuk butang bumper yang diperkemas, serta butang arah D-pad yang lebih responsif.

Selain itu, MSI Claw 8 EX AI+ memperkenalkan komponen motor linear gred tinggi terbaharu yang menawarkan tindak balas haptik lebih pantas, berupaya mensimulasikan tekstur taktikal yang lebih halus, serta menggunakan kadar kuasa elektrik yang lebih rendah.

Melengkapkan ekosistem peranti, bahagian perisian konsol ini membawakan keserasian Xbox Mode yang membolehkan pengguna melancarkan perisian dengan pantas serta menyambung semula permainan (seamless resume) secara lancar.

Pihak MSI turut menyertakan paparan Tetapan Pantas (Quick Settings) yang telah direka semula bagi memudahkan pengguna melaraskan fungsi grafik seperti Multi-Frame Generation dan kawalan had kadar bingkai (in-game frame control) secara terus mengikut kesesuaian prestasi permainan semasa.

{suggest}

MSI Claw 8 EX AI+: Pertama Dengan Intel Arc G3 Extreme, Skrin 8 Inci WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts