Cucu pertama Gmie Screen meninggal dunia

by Oh! Semput


2
SHARES
21
VIEWS
Posted on 19 Nov 2019 11:05:15

Pernah menyertai Gegarvaganza musim ketiga, nama Gmie Screen sekali lagi menjadi siulan apabila menjadi finalis dalam rancangan nyanyian tersebut.

Sekitar Mac lepas, Gmie Screen telah menerima menantu pertama apabila anak perempuan sulungnya bertemu jodoh dengan pasangan. Siti Hadirah telah bergelar isteri kepada pasangannya, Muhammad Ridzzuan dan dinikahkan sendiri oleh Gmie.

Pada 23 Oktober, Siti Hadirah telah selamat bersalin anak pertamanya walaupun tidak cukup bulan menjadikan bayi perempuan yang diberi nama Siti Adinda Raudhah Binti Muhammad Ridzzuan cucu pertama buat Gmie Screen.

Walau bagaimanapun, Allah S.W.T meminjamkan bidadari comel itu cuma sekitar satu bulan apabila bayi tersebut meninggal dunia semalam.

Siti Hadirah telah memuat naik coretan buat jenazah bayinya yang sudah dikafankan di Instagram bagi memaklumkan perkara tersebut.

Menerusi Instagram Gmie juga, dia memberitahu telah kehilangan cucu sulungnya semalam. Tambahnya lagi, bayi tersebut meninggal dunia sekitar jam 8.41 malam.

Sehubungan dengan itu, menerusi Instagram sumber, rata-rata warganet telah menzahirkan ucapan takziah buat Gmie sekelurga atas kehilangan tersebut. Mereka juga berasa simpati dan mendoakan agar anak serta menantunya tabah menerima takdir Ilahi.

alt

: Gmie Screen

Komen

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts