Pertimbangkan 5 Perkara Ini Sebelum Anda Mengambil Moratorium Pembiayaan Kenderaan

by Oh! Semput


4
SHARES
46
VIEWS
Posted on 14 Sep 2021 05:31:32

Pertimbangkan 5 Perkara Ini Sebelum Anda Mengambil Moratorium Pembiayaan Kenderaan

Bank Negara Malaysia (BNM) telah membuka tawaran seperti kemudahan moratorium kepada rakyat Malaysia yang terbeban dengan masalah kewangan akibat pandemik Covid-19.

Oleh itu, semua kumpulan B40,M40 dan T20, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta perniagaan mikro boleh memohon moratorium selama enam bulan.

Bagi individu yang ingin membuat moratorium pembiayaan kenderaan pula perlu mempertimbangkan 5 perkara yang akan dikongsikan ini terlebih dahulu.

INFO RINGKAS MORATORIUM PEMBIAYAAN

Menurut BNM, pemohon tidak perlu bimbang kerana permohonan untuk mendapatkan moratorium atau lain-lain pakej bayaran balik pembiayaan adalah mudah dan dokumen sokongan tidak diperlukan.

Faedah keuntungan hanya akan terakru (diambil kira) ke atas bayaran balik pinjaman yang tertangguh.

Apabila peminjam memohon untuk mendapatkan bayaran ansuran yang lebih rendah (dan bukan mengekalkan bayaran ansuran yang asal) selepas moratorium, hal ini boleh menyebabkan tempoh pinjaman mereka menjadi lebih panjang.

Bank tidak akan mengenakan caj faedah ke atas faedah atau keuntungan atas keuntungan iaitu faedah/keuntungan terkompau, atau apa-apa faedah/keuntungan penalti sepanjang tempoh bantuan.

Baca juga: 3 Cara Untuk Anda Yang Tak Pasti Cara Nak Mohon Moratorium Bank Selama 6 Bulan. Mudah & Cepat!

5 PERKARA PERLU DIPERTIMBANGKAN MOHON MORATORIM PEMBIAYAAN KENDERAAN

Jika anda merancang untuk mengambil moratorium pembiayaan kenderaan, inilah 5 perkara yang perlu anda pertimbangkan seperti yang disarankan oleh Bank Negara Malaysia (BNM):

Usia kenderaan bukan sekadar angka ​

  • Anda juga dinasihatkan supaya tidak mengambil moratorium jika kenderaan anda sudah lama dan pendapatan anda tidak terlalu terjejas.
  • Nilai kenderaan akan berkurang dengan meningkatnya usia kenderaan. Apabila mengambil moratorium, pembiayaan akan menjadi lebih panjang.Anda tetap perlu membayar ansuran walaupun nilai kenderaan terus berkurang.
  • Jika anda ingin menjual kenderaan sebelum tamat tempoh pembiayaan, anda mungkin memerlukan wang tambahan untuk menjelaskan baki pembiayaan kenderaan anda.

Perjanjian baharu mungkin diperlukan ​

  • Anda juga mungkin perlu menandatangani dokumen lain berdasrkan terma dan syarat produk dan Akta Sewa Beli 1967

Pilihan pembayaran selepas mora​torium

Anda boleh membuat pilihan pembayaran selepas moratorium seperti berikut:

  • Bayar jumlah asal ansuran
  • Buat perbincangan dengan pihak bank sama ada membayar ansuran yang lebih rendah atau tinggi

Ansuran lebih rendah, kos lebih tinggi ​

Kesan yang akan anda dapati sekiranya membayar ansuran lebih rendah selepas moratorium adalah:

  • Tempoh pembiyaan anda akan menjadi lebih panjang jika anda membayar ansuran yang lebih rendah selepas moratorium.
  • Tempoh lanjutan tidak lebih 2 tahun kecuali anda membuat permohonan berdasarkan situasi kewangan anda.

Bincang dengan bank​ anda

Anda dinasihatkan untuk bertanyakan 2 perkara ini dengan pihak bank sebelum mengambil moratorium:

  • Ketahui kesan moratorium ke atas pembiayaan anda.
  • Bincang langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kos pembiayaan.

May be an image of text that says '5 perkara yang perlu anda tahu sebelum mengambil moratorium untuk pembiayaan kenderaan 1 Usia kenderaan bukan sekadar angka 2 Perjanjian baharu mungkin diperlukan 3 Pilihan pembayaran selepas mora 4 Ansuran Ansu lebih rendah, kos lebih tinggi Bincang dengan bank anda FEN FINANCIAL'

Jadi, pertimbangkan dahulu 5 perkara diatas sebelum anda mengambil moratorium kerana terdapat pelbagai kesan sekiranya anda mengambil moratorium pembiayaan kenderaan anda.

Baca juga: Senarai Bank & Link Untuk Permohonan Moratorium Automatik Sepanjang PKP 3.0 Semua Golongan Terjejas

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan moratorium di laman rasmi Bank Negara Malaysia di:

Pertimbangkan 5 Perkara Ini Sebelum Anda Mengambil Moratorium Pembiayaan Kenderaan Portal Kini.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts