Yang di-Pertuan Agong, Najib tinjau pusat tahfiz | Nasional

by Oh! Semput


1
SHARES
18
VIEWS
Posted on 15 Sep 2017 16:02:38

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V mencemar duli berangkat tiba di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di sini pada jam 10.20 malam ini.

Baginda berkenan meluangkan masa kira-kira 30 minit melihat keadaan pusat tahfiz berkenaan selepas ia terbakar dan mengorbankan 23 nyawa awal pagi semalam.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di pusat tahfiz berkenaan bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan diiringi tetamu kehormat.

Antara tetamu berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Sementara itu, keadaan sesak di sini tidak menghalang ratusan pengunjung dari kawasan sekitar menyambut ketibaan baginda.

Rata-rata pengunjung berkenaan ‘berkampung’ sejak jam 6 petang tadi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts