Pesawat Delta Terpaksa Berpatah Balik, Penumpang Cuba Masuk Kokpit

by Oh! Semput


4
SHARES
54
VIEWS
Posted on 07 Jul 2017 12:00:59

SAN FRANCISCO – Sebuah pesawat Delta Air Lines yang berlepas dari Seattle ke Beijing, China terpaksa berpatah balik selepas seorang daripada penumpangnya cuba memasuki kokpit dan mencederakan tiga yang lain, lapor agensi berita China Xinhua.

Pesawat Delta 129, terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma kira-kira pukul 7.40 petang waktu tempatan (0240 GMT).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan syarikat penerbangan itu, ‘insiden keselamatan’ petang semalam itu berlaku dalam pesawat penumpang Boeing 767-300ER.

Laporan media yang tidak dapat disahkan pula menyebut seorang lelaki menyerang atendan penerbangan dan cuba memasuki ruang kokpit.

Lelaki itu bagaimanapun berjaya ditahan, dikeluarkan daripada pesawat dan diserahkan kepada pasukan keselamatan sejurus tiba di lapangan terbang berkenaan.

Selain seorang kru kabin, dua penumpang dilaporkan turut cedera dalam insiden itu.

– BERNAMA

Loading...

: Siakapkeli

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts