Pesawat Hawk TUDM Yang Hilang Terhempas, 'Dua' Juruterbangnya Maut

by Oh! Semput


10
SHARES
131
VIEWS
Posted on 15 Jun 2017 10:01:05


KUANTAN: Dua orang juruterbang pesawat pejuang Hawk 108 terbunuh selepas terhempas di kawasan 51 kilometer dari pangkalan udara Tentera Udara Diraja Malaysia di sini.

Kedua-dua mayat juruterbang ditemui dalam keadaan memakai payung terjun.
Sebelum ini, Kementerian Pertahanan mengesahkan sebuah pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dikhuatiri hilang di persekitaran utara Kuantan dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan jam 12.35 tengah hari Khamis.

"Markas Tentera Udara mengesahkan bahawa sebuah pesawat pejuang TUDM jenis Hawk 108 dikhuatiri hilang di persekitaran utara Kuantan iaitu di persempadanan Terengganu dan Pahang.

"Pesawat telah berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 11 pagi dan terputus hubungan pada jam 11.30 pagi," menurut kenyataan tersebut. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts