12.12 Shopee Voucher

Pesawat mendarat cemas atas lebuh raya [METROTV]

by Oh! Semput


HOME Posted on 22 Nov 2020 14:30:17



Kulai: Sebuah pesawat ringan mendarat cemas di Kilometer 47.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat sini, pagi hari ini.

Difahamkan, juruterbang dan seorang lagi yang berada dalam pesawat berkenaan selamat dalam kejadian terbabit.

Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Tok Beng Yeow mengesahkan kejadian ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, pegawai trafik masih berada di lokasi untuk tindakan lanjut.

"Pesawat ringan itu bukan terhempas, ia mendarat cemas dan setakat ini belum ada maklumat mengapa pesawat ringan itu mendarat atas lebuh raya. Tunggu laporan yang dibuat pihak kami," katanya.

Pesawat ringan yang mendarat cemas di Kilometer 47.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat sini, pagi hari ini. Foto Ihsan Pembaca
Pesawat ringan yang mendarat cemas di Kilometer 47.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat sini, pagi hari ini. Foto Ihsan Pembaca

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 November 2020 @ 11:55 AM

12.12 Birthday Sale 2020

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News