Pesawat TUDM Terhempas Juruterbang Maut

by Oh! Semput


4
SHARES
56
VIEWS
Posted on 21 Dec 2016 17:00:28

BUTTERWORTH: Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut selepas pesawat jenis Beechcraft King Air 200T terhempas di Pangkalan TUDM Butterworth, petang tadi.

Dalam kejadian pada jam 5.20 petang itu, difahamkan pesawat yang berlepas dari Pangkalan TUDM Subang turut membawa tiga kru udara, yang dilaporkan mengalami kecederaan parah akibat kemalangan itu.

Berdasarkan maklumat awal, pesawat yang digunakan bagi rondaan maritim itu terbabas ketika cuba mendarat di Pangkalan TUDM Butterworth menyebabkannya terbakar.

Pihak TUDM dilaporkan dapat memadamkan api dan mengeluarkan mangsa yang tercedera, namun keadaan mereka masih belum diketahui setakat ini.

Sementara itu, pihak TUDM yang dihubungi mengesahkah kejadian dan memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan dalam tempoh terdekat.

Gambar Nahas Pesawat TUDM terhempas Pangkalan TUDM Butterworth

INFO: Pada 4 Oktober tahun ini sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia terhempas di Sekolah Menengah Kebangsaan Balung, Tawau. Klik Sini untuk melihat gambar kejadian.



LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts