Peserta berkhatan cemas, kolam takungan air pecah

by Oh! Semput


6
SHARES
79
VIEWS
Posted on 17 Dec 2016 07:00:57

KUALA BERANG: Kemeriahan lebih 79 peserta Majlis Berkhatan Perdana Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong bertukar cemas apabila kolam takungan air diperbuat daripada kanvas tiba-tiba pecah sehingga menyebabkan beberapa peserta tergelincir di permukaan jalan, pagi ini.

Insiden yang menimbulkan suasana cemas dalam kalangan ibu bapa dan pengunjung berlaku ketika semua peserta berendam di dalam air sedalam kira-kira 0.3 meter selepas majlis perasmian dilakukan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Manusia, Datuk Rozi Mamat, kira-kira jam 11.35 pagi tadi.

Sebaik semua peserta masuk untuk berendam dalam takungan air, secara tiba-tiba kanvas yang dipenuhi air meletup dan pecah menyebabkan ada antara peserta dibawa arus sejauh kira-kira 0.7 meter.

Rozi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong yang ketika itu sedang melakukan semburan air kepada peserta menggunakan paip Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Daerah Hulu Terengganu turut menerima tempias apabila kasut dan seluarnya basah.

Bagaimanapun, tiada kecederaan kepada peserta berkhatan dan program berendam yang biasanya dilakukan, terpaksa dibatalkan serta merta.

Insiden kanvas pecah menyebabkan peserta bertaburan dihanyutkan arus bukan sahaja mencemaskan ibu bapa peserta dan pengunjung, malah pegawai dan anggota JBPM daerah yang dipertanggungjawabkan membekalkan air.

Rozi ketika ditemui berkata, kanvas yang dijadikan kolam takungan untuk peserta merendamkan tubuh sebelum dikhatankan uzur dan tidak mampu menahan tekanan air.

“Alhamdulillah, tiada sebarang kecederaan berlaku ke atas peserta walaupun mereka dihanyutkan arus sejauh kira-kira 0.7 meter dan terpelanting di permukaan jalan,” katanya.

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts