Pesta Kandungan Digital Malaysia (MYDCF) 2024 Kembali Pada Cuti Sekolah Ini

by Oh! Semput


15
SHARES
199
VIEWS
Posted on 04 Sep 2024 11:00:10

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) mengumumkan kemunculan semula Pesta Kandungan Digital Malaysia (MYDCF) 2024, yang akan berlangsung pada September dan Oktober ini.

MYDCF 2024 terbahagi kepada dua segmen utama di mana untuk orang awam, ia akan dibuka dari 13 hingga 15 September di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Acara ini, dikenali sebagai LEVEL UP PLAY dan CREATORS XPO KL, dijangka menarik lebih 30,000 pengunjung dan 200 pempamer.

Pengunjung boleh menikmati permainan, animasi, komik digital, permainan kad dan e-sukan.

Malah acara ini juga akan memaparkan pameran digital dari pencipta terkemuka dan inovator dari seluruh dunia.

Hari Biz MYDCF 2024 pula akan berlangsung dari 1 hingga 3 Oktober di Connexion Exhibition Convention Centre, Bangsar South.

Ia akan menjadi platform utama bagi profesional industri menerusi Xsolla LEVEL UP KL, Kre8tif!, dan IMMERSE KL yang akan fokus pada inovasi dalam permainan, animasi, dan teknologi kreatif seperti VR, AR, dan Web3.

Dengan sokongan penaja seperti Unifi dan kumpulan pemimpin industri yang pelbagai, MYDCF 2024 menjanjikan pengalaman yang penuh dengan aktiviti menarik dan peluang rangkaian untuk semua yang terlibat dalam dunia digital.

Tiket awal kini tersedia untuk Hari Awam dan Hari Biz yang boleh dibeli melalui Ticket2U yang berharga RM20. Manakala pendaftaran untuk Hari Biz boleh dilakukan di MYDCF.

: Siaran Media MDEC

Pesta Kandungan Digital Malaysia (MYDCF) 2024 Kembali Pada Cuti Sekolah Ini WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts