Petronas Kurangkan Minyak Mentah Tahun Depan

by Oh! Semput


7
SHARES
90
VIEWS
Posted on 21 Dec 2016 05:01:10

KUALA LUMPUR – Petronas akan mengurangkan sehingga 20,000 tong sehari (bpd) minyak mentah daripada pengeluaran purata negara pada 2016 bermula Januari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat minyak nasional itu berkata pelarasan secara sukarela ini mengambil kira keadaan dan prospek pasaran semasa.

Langkah ini juga merupakan hasil daripada persetujuan yang dicapai di Vienna, Austria, pada 10 Dis 2016 antara Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (Opec) dan pengeluar bukan OPEC, katanya.

Mesyuarat itu bersetuju bahawa anggota bukan Opec akan mengurangkan 558,000 bpd selama enam bulan mulai 1 Jan 2017.

Sebelum ini, Petronas telah menyatakan komitmennya untuk menyelaraskan pengeluaran minyak mentah untuk mengurangkan bekalan global. – BERNAMA

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts