Pewaris Naza dan Berjaya selamat menikah

by Oh! Semput


3
SHARES
34
VIEWS
Posted on 02 Feb 2018 08:01:47

PEWARIS empayar perniagaan terbesar di negara ini, SM Faliq Nasimuddin dan Chryseis Tan hari ini selamat diijab kabul sekali gus menamatkan teka-teki kisah percintaan mereka yang tular di media sosial sejak tahun lepas.

Faliq merupakan anak keempat kepada pengasas Naza Group, Allahyarham SM Nasimuddin SM Amin manakala Chryseis pula anak sulung kepada Vincent Tan Chee Yioun yang merupakan pengasas Berjaya Group, selamat disatukan dalam sebuah majlis tertutup di resort The Chateau, Bukit Tinggi di Bentong, Pahang.

Pasangan sepadan yang dikatakan mula berkawan ketika belajar di sebuah sekolah antarabangsa itu dilaporkan bertunang pada 2 Julai lepas apabila jejaka berusia 33 tahun itu melamar Chryseis, 30, ketika mereka berdua bercuti di Marrakesh.

Menerusi foto sekitar majlis akad nikah yang dimuat naik adik perempuan Faliq, Nur Nadia menerusi Instagram miliknya, pasangan sama cantik sama padan itu bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dengan mas kahwin berjumlah RM1,000.

Sementara itu, abang kepada Faliq, Datuk SM Faisal menerusi ‘posting’ di laman sosial Instagramnya bersyukur dan mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baharu itu.

"Alhamdulillah, keluarga semakin besar," kata SM Faisal.

Foto tersebut turut mendapat hampir 8,000 “like” selepas tiga jam dimuat naik serta dihujani dengan ribuan ucapan tahniah daripada pengikut Instagram SM Faisal kepada pasangan mempelai Faliq dan Chryseis.

Antaranya @yasminimineymoore berkata “Alhamdulillah, Selamat Pengantin Baru to the lovebirds”, @feroza_cthawa85 pula berkata “Alhamdulillah dan selamat pengantin baru SM Faliq dan isteri Chrystan, semoga ikatan cinta suci kalian ini akan terus kuat hingga ke akhirnya. Amin” manakala @kamariahazizan pula seakan berseloroh dengan ucapannya iaitu “Tahniah Faliq & wife. FaisalNasimuddin next will be you right”.

Faliq merupakan naib pengerusi eksekutif dan pengarah urusan Naza TTDI Sdn. Bhd sementara Chryseis yang berkelulusan Ijazah Seni Liberal Kajian Antarabangsa di Universiti Waseda, Tokyo merupakan ketua pengawai eksekutif Berjaya Times Square.

Bapa Faliq, SM Nasimuddin menubuhkan Naza Group pada tahun 80-an dan menyumbang kepada pembangunan sektor automotif, pembinaan serta hartanah negara. Bapa Chryseis, Vincent Tan pula merupakan jutawan terkenal yang menubuhkan pelbagai jenis perniagaan menerusi empayar Berjaya Group. – Bernama, 2 Febuari, 2018. 

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts