Piala AFF Suzuki 2018 Tampil Dengan Format Baharu Yang Lebih Adil Dan Kompetitif

by Oh! Semput


3
SHARES
34
VIEWS
Posted on 27 Sep 2017 05:35:38

Piala AFF Suzuki merupakan kejohanan bola sepak teragung di rantau Asia Tenggara. Diperkenalkan pada 1996 dengan Singapura menjadi tuan rumah untuk edisi pertama ketika ia dikenali sebagai Piala Tiger, kejohanan bola sepak serantau ini akan memasuki edisi yang ke-12 pada tahun hadapan.

Mesyuarat Majlis Konfederasi Bola Sepak ASEAN ke-12 yang diadakan pada hujung minggu lalu turut menampilkan format baharu kejohanan serantau tersebut.

Ia dikatakan lebih adil dan juga kompetitif untuk semua negara yang mengambil bahagian.

Format baharu

Pada edisi kejohanan sebelum ini, 10 pasukan yang mengambil bahagian akan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Pertandingan peringkat kumpulan akan dianjurkan oleh 2 negara yang mengambil bahagian daripada setiap kumpulan.

Untuk kejohanan Piala AFF Suzuki edisi ke-12 yang akan diadakan pada tahun hadapan, badan bola sepak Asia Tenggara ini akan tampil dengan format berbeza.

(Photo credit should read MANAN VATSYAYANA/AFP/Getty Images)

Pusingan akhir kejohanan tersebut masih menampilkan 10 negara yang dibahagikan kepada 2 kumpulan. Namun tidak akan ada negara bertanding yang akan dipilih sebagai penganjur mutlak.

Sebaliknya, untuk perlawanan peringkat kumpulan, setiap pasukan akan memiliki peluang untuk beraksi 2 perlawanan di halaman sendiri, sebelum bertandang ke gelanggang lawan untuk beraksi dalam 2 lagi perlawanan.

Ini bermakna setiap pasukan yang memasuki pusingan akhir kejohanan serantau tersebut akan menjadi tuan rumah untuk sekurang-kurangnya 2 perlawanan peringkat kumpulan.

(Photo credit should read HOANG DINH NAM/AFP/Getty Images)

Berdasarkan kedudukan ranking FIFA terkini, Brunei dan juga Timor Leste harus melalui pusingan kelayakkan sebelum bertanding di pusingan akhir tersebut yang diadakan menjelang November tahun hadapan

Dua pasukan yang menempuh perlawanan kelayakkan akan beraksi di antara 3 sehingga 11 September 2018, bersesuaian dengan jadual perlawanan antarabangsa yang disediakan oleh FIFA.

Pemenang akan menyertai 9 lagi pasukan yang layak secara automatik.

Walaupun diadakan secara sebegitu, perlawanan peringkat kumpulan bukanlah perlawanan yang diadakan secara timbal balik.

Contoh format peringkat kumpulan

Memandangkan format kejohanan di peringkat kumpulan tidak mengamalkan perlawanan diadakan secara timbal balik, maka ia amat mengelirukan. Kami tampilkan contoh untuk anda.

Andaikan Malaysia berada di dalam Kumpulan A dan diundi bersama-sama dengan 4 negara lain yang layak mengambil bahagian iaitu Indonesia, Myanmar, Laos dan juga Vietnam.

(Photo credit should read ROSLAN RAHMAN/AFP/Getty Images)

Maka Malaysia akan mempunyai 2 perlawanan yang akan di adakan di dalam negara sebagai tuan rumah menentang mana-mana 2 pasukan di dalam kumpulan yang sama. Kita andaikan perlawanan itu adalah menentang Indonesia dan juga Myanmar.

Selepas 2 perlawanan di tempat sendiri mentang Indonesia dan Myanmar, Malaysia harus bertandag ke Laos dan juga Vietnam untuk melengkapkan perlawanan peringkat Kumpulan A.

(Photo credit should read MANAN VATSYAYANA/AFP/Getty Images)

Tidak ada perubahan untuk perlawanan peringkat separuh akhir yang diadakan secara timbal balik, dan venue untuk perlawanan akhir akan ditentukan kelak.

Jadual perlawanan dan venue pertandingan akan ditentukan oleh AFF sendiri setelah kumpulan ditentukan sendiri oleh badan penganjur tersebut sebelum sepak mula kejohanan pada 8 November sehingga 15 Disember 2018.

Kejohanan yang lebih adil dan kompetitif

Persoalannya sekarang ialah, adakah kejohanan bola sepak peringkat serantau ini tampil lebih adil dan kompetitif?

Jika perlawanan di gelanggang sendiri dan lawan diambil kira, maka jawapannya ialah ya. Kejohanan ini akan menjadi lebih adil dan kompetitif.

Untuk edisi kejohanan sebelumnya, pasukan yang menjadi tuan rumah di peringkat kumpulan akan mempunyai kelebihan kerana mendapat sokongan padu dari penyokong sendiri (walaupun ia tidak semestinya begitu).

(Photo by Stanley Chou/Getty Images)

Tetapi format 2 perlawanan di tempat sendiri, 2 perlawanan di laman lawan ini akan memberi lebih keadilan untuk pasukan-pasukan seperti Laos, Kemboja dan juga Timor Leste, untuk penyokong-penyokong mereka menonton dan memberi sokongan kepada pasukan masing-masing.

Format ini akan menambah penonton yang akan menyaksikannya di kaca televisyen dan meningkatkan kehadiran penyokong yang hadir ke stadium. Secara tidak langsung, ia akan menaikkan nilai komersil kejohanan rantau Asia Tenggara ini.

Rumusan

Walaupun menyambut baik format baharu yang diperkenalkan oleh AFF ini, kami tidak berpendapat ia adalah penyelesaian jangka masa panjang untuk penganjuran kejohanan sebegini.

Ia baik untuk meningkatkan nilai komersil pertandingan, namun tidak sesuai untuk kejohanan peringkat serantau kerana memerlukan setiap pasukan untuk melalui perjalanan yang agak jauh.

Lagipun tiada kejohanan serantau utama di dunia (Contoh: Piala Asia, Euro, Copa America, dsb) menggunapakai format sebegini.

Masih awal untuk menilai tahap keberkesanan format baharu ini, namun ia adalah satu langkah bijak daripada AFF.

:

1. Asean Football Federation (2017): New format for AFF Suzuki Cup 2018; http://www.aseanfootball.org/v2/2017/09/new-format-aff-suzuki-cup-2018/

Piala AFF Suzuki 2018 Tampil Dengan Format Baharu Yang Lebih Adil Dan Kompetitif Semuanya BOLA.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts