Pihak polis siasat Ebit Lew, keterangan beberapa orang saksi sudah diambil

by Oh! Semput


8
SHARES
106
VIEWS
Posted on 18 Sep 2023 14:01:08

Pihak polis sudah mengambil keterangan beberapa orang saksi berhubung laporan polis yang dibuat oleh seorang wanita yang berkait personaliti dakwah,  Ebit Irawan Ibrahim Lew atau biasa disapa Ebit Lew.

Pihak polis siasat Ebit Lew

Memetik laporan dari Utusan Malaysia, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan satu siasatan terhadap Ebit Lew telah dimulakan tanpa mendedahkan laporan tersebut dibuat atas kesalahan apa.

alt

Sahkan ada terima laporan dari Ebit Lew

Dalam pada itu, pihak polis juga mengesahkan bahawa ada menerima laporan dari Ebit Lew yang mendakwa dirinya difitnah menerusi satu video dari podcast yang tular dengan tajuk ‘The Mondy Tattoo Interview’.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar memaklumkan memang ada menerima laporan daripada individu tersebut sekitar jam 2.17 pagi.

Ujarnya, dia mengatakan telah difitnah oleh seorang wanita dikenali sebagai Mondy menerusi satu video interview secara podcast di sebuah saluran YouTube dengan durasi 27 minit 56 saat.

“Hasil siasatan mendapati, video berkenaan memaparkan wawancara yang dikatakan memfitnah individu terkenal tersebut dan kini mendapat 225,177 jumlah tontonan, 2,600 tanda suka dan 2,800 komen.
“Video memaparkan wawancara yang dikatakan memfitnah individu terkenal tersebut,” katanya.

alt

Difahamkan, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian video yang tular di media-media sosial.
Sekiranya didapati terdapat sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang, pihak PDRM akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada,” tegas Mohd Fairus lagi.

Ebit Lew buat laporan dakwa difitnah

Terdahulu, Ebit Lew telah berkongsi satu perkongsian di media sosial memaklumkan telah membuat laporan polis berhubung dakwaan seorang TikToker dari Indonesia yang mendakwa diganggu secara seksual oleh personaliti dakwah tersebut.

Ebit yang baru sampai dari Jeddah telah terus ke balai polis untuk membuat laporang berhubung dakwaan yang dianggap fitnah itu.

Susulan daripada itu, influencer, Caprice, yang bertanggungjawab memuat naik video temubual bersama Mondy telah menggesa supaya personaliti dakwah berkenaan segera melayangkan surat saman kepadanya kerana sudah bersedia dengan semua bukti.

Artike lain: Caprice tak gentar, cabar Ebit Lew hantar segera surat saman terhadap Mondy Tattoo

: Utusan Malaysia (Maszureen Hadzman), Instagram Ebit Lew, Caprice

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts