by Oh! Semput
Pihak polis sudah mengambil keterangan beberapa orang saksi berhubung laporan polis yang dibuat oleh seorang wanita yang berkait personaliti dakwah, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau biasa disapa Ebit Lew.
Memetik laporan dari Utusan Malaysia, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan satu siasatan terhadap Ebit Lew telah dimulakan tanpa mendedahkan laporan tersebut dibuat atas kesalahan apa.
Dalam pada itu, pihak polis juga mengesahkan bahawa ada menerima laporan dari Ebit Lew yang mendakwa dirinya difitnah menerusi satu video dari podcast yang tular dengan tajuk ‘The Mondy Tattoo Interview’.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar memaklumkan memang ada menerima laporan daripada individu tersebut sekitar jam 2.17 pagi.
Ujarnya, dia mengatakan telah difitnah oleh seorang wanita dikenali sebagai Mondy menerusi satu video interview secara podcast di sebuah saluran YouTube dengan durasi 27 minit 56 saat.
Difahamkan, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Terdahulu, Ebit Lew telah berkongsi satu perkongsian di media sosial memaklumkan telah membuat laporan polis berhubung dakwaan seorang TikToker dari Indonesia yang mendakwa diganggu secara seksual oleh personaliti dakwah tersebut.
Ebit yang baru sampai dari Jeddah telah terus ke balai polis untuk membuat laporang berhubung dakwaan yang dianggap fitnah itu.
Susulan daripada itu, influencer, Caprice, yang bertanggungjawab memuat naik video temubual bersama Mondy telah menggesa supaya personaliti dakwah berkenaan segera melayangkan surat saman kepadanya kerana sudah bersedia dengan semua bukti.
Artike lain: Caprice tak gentar, cabar Ebit Lew hantar segera surat saman terhadap Mondy Tattoo
: Utusan Malaysia (Maszureen Hadzman), Instagram Ebit Lew, Caprice