Pilih BN sebagai tanda protes rakyat

by Oh! Semput


HOME Posted on 14 Feb 2019 04:01:42



WAN AMSYAR JAILANI

13 Februari 2019 9:31 PM

KUALA LUMPUR - Rakyat perlu bangun dengan memberi sokongan penuh kepada Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih bagi mendesak kerajaan supaya menunaikan janji manifestonya kepada rakyat.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, kegagalan kerajaan menunaikan janji-janji manifesto dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) wajar di tentukan melalui suara rakyat dengan cara bersolidariti untuk mengundi BN.

“Sekiranya pembangkang diberikan mandat dan menang nanti, ini adalah kemenangan rakyat sebagai tanda protes yang menunjukkan kemarahan kepada kerajaan.

“UMNO dan BN sedar rakyat sudah bangkit menentang kerajaan kerana penipuan manifesto dan juga pelbagai isu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

PRK Semenyih akan diadakan pada 2 Mac berikutan kematian penyandangnya dari Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Bakhtiar Mohd Nor.

Bakthiar memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum tahun lepas dengan majoriti 8,964 undi menewaskan calon BN, Johan Abd. Aziz, calon PAS, Mad Shahmidur Mat Kosim dan calon PSM, S. Arutchelvan.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai itu, beliau yakin calon yang terpilih untuk mengetuai jentera BN di Semenyih mampu melaksanakan tugas dengan baik.

“Jadi saya berharap agar calon yang dipilih BN esok akan memenuhi kehendak penduduk setempat dan diterima rakyat,” katanya. - K! ONLINE

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News