Pintu pesawat bergegar, MH1 berpatah balik

by Oh! Semput


5
SHARES
68
VIEWS
Posted on 22 Dec 2016 08:00:21

KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH1 yang berlepas dari Lapangan Terbang Heathrow, London ke Kuala Lumpur, malam tadi terpaksa berpatah balik kerana mengalami masalah teknikal pada pintu sehingga menghasilkan gegaran dan bunyi kuat.

Pesawat itu yang berlepas pada jam 9.58 malam tadi waktu tempatan (jam 5.58 pagi ini waktu Malaysia), dijadual mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 6.25 petang ini.

Malaysia Airlines Bhd (MAB) dalam kenyataan hari ini, menjelaskan masalah itu disedari ketika pesawat Airbus A380-800 itu berada di ruang udara Jerman.

Berikutan itu, juruterbang mengambil keputusan berpatah balik ke Lapangan Terbang Heathrow.

“Bunyi bising dan gegaran pada pintu pesawat ketika itu tidak memberi sebarang risiko, namun juruterbang berpatah balik ke London kerana keselamatan penumpang sentiasa menjadi keutamaan kami.

“Pesawat MH1 yang ketika ini masih dalam perjalanan ke London, akan diperiksa oleh jurutera dan pegawai teknikal Airbus sebaik mendarat nanti.

“Sebarang perkembangan lanjut untuk penumpang dan media akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.


LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts