by Oh! Semput
Pelakon kacak Aeril Zafrel boleh dikatakan antara selebriti yang sangat aktif di laman media sosial serta rajin melayan peminatnya dengan membalas komen-komen mereka.

Terbaru, pelakon drama bersiri Cinta Fatamorgana itu telah memuat naik sekeping gambar bersama isteri, Wawa Zainal serta anak-anaknya Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa di laman Instagram miliknya.
“Kami dalam perjalanan ke KLCC. Budak2 raver jumpa nanti!!!,” ujarnya bergurau.
Namun, kapsyen tersebut telah menarik perhatian ketua tarian raver dikenali sebagai Uchux yang meninggalkan respon dengan menanyakan khabar di ruangan komen gambar berkenaan.



Komen itu kemudian dibalas oleh Aeril yang mengingatkan remaja berusia 18 tahun itu supaya membawa pisau ketika melakukan persembahan tarian di KLCC.
Perbualan antara mereka telah mengundang pelbagai komen daripada netizen yang rata-rata berasa lucu dan kelakar dengan usikan pelakon berusia 29 tahun itu serta layanan terhadap remaja berkenaan.





Namun tidak kurang ada juga yang seakan-akan menyokong dan tidak sabar untuk menyertai tarian yang mula diperkenalkan di Malaysia pada 2016 itu.
