by Oh! Semput
Umum sudah mengetahui mengenai kehebatan Snapdragon 835, dan Qualcomm dilapor sedang giat membangunkan cip pemproses yang lebih baik, Snapdragon 836.
Sebelum ini, desas-desus mengatakan Samsung Galaxy Note 8 bakal menjadi telefon pintar pertama dilengkapkan dengan cip pemproses Snapdragon 836, tapi perkara itu disangkal dengan sebuah berita yang timbul baru-baru ini.
Memetik laporan dari laman Fudzilla, kebarangkalian untuk Snapdragon 836 dipasang pada Pixel 2 adalah lebih tinggi berbanding Galaxy Note 8. Jika dilihat pada model terdahulu, Pixel versi awal merupakan peranti pertama menggunakan Snapdragon 821.
![]()
Tidak dapat dipastikan lagi perbezaan antara 835 dan 836, tetapi dijangkakan versi baru cip pemproses Snapdragon ini bakal memberikan prestasi maksimum kepada GPU dan CPU.
: Fudzilla