PLANMalaysia Salur Peruntukan RM2.1 Juta Kepada Kerajaan Pahang, Usaha Jadikan Tiga Lagi PBT Diiktiraf Bandar Paling Mampan

by Oh! Semput


4
SHARES
49
VIEWS
Posted on 20 Nov 2026 16:30:47

KUANTAN: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) menyalurkan peruntukan RM2.1 juta kepada kerajaan negeri dalam usaha menjadikan tiga lagi pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini menerima pengiktirafan Bandar Paling Mampan.

Menurut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, lapan daripada 11 PBT di negeri ini telah menerima Anugerah Bandar Paling Mampan 2026 sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026 yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada 4 November baru-baru ini.

“Lapan PBT yang menerima pengiktirafan tersebut ialah Majlis Perbandaran Bentong, Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja, Majlis Perbandaran Temerloh, Majlis Daerah Bera, Majlis Daerah Jerantut, Majlis Daerah Lipis, Majlis Daerah Raub dan Majlis Daerah Rompin.

“Selain itu, empat PBT iaitu Majlis Daerah Bera, Majlis Daerah Jerantut, Majlis Daerah Raub dan Majlis Daerah Rompin turut menerima pengiktirafan Bandar Pintar Perintis Tahap 1 (Smart City Early Adopter).

“RM2.1 juta ini akan digunakan ke arah memastikan penarafan tiga lagi PBT jadi bandar mampan. Harapan kita agar kesemua bandar di seluruh negeri dapat pengiktirafan bandar mampan pada tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan penganjuran Pahang Smart City 2026 di Dewan Kompleks Bandaraya, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pengarah PLANMalaysia, Datuk Dr. Alias Rameli.

Menerusi majlis yang julung kali diadakan itu, turut dilancarkan Blueprint Smart City 2040 yang merupakan panduan kerajaan negeri untuk merancang dan melaksanakan agenda bandar pintar dan bandar rendah karbon sehingga tahun 2040.

Wan Rosdy berkata, menjelang tahun 2040 kelak, kerajaan negeri mensasarkan agar semua rakyat di negeri ini dapat menikmati perkhidmatan awam yang lebih cekap serta persekitaran yang lebih bersih dan selamat. #MalaysiaGazette

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts