Polis Beri Amaran Kepada Pempengaruh & ‘Founder’ Kosmetik Terlibat Aktiviti Barang Terlarang Di Kelantan

by Oh! Semput


5
SHARES
69
VIEWS
Posted on 09 May 2025 13:31:16

Polis Kelantan mengesahkan sudah menerima maklumat mengenai beberapa pempengaruh dan pengasas kosmetik di negeri itu yang dipercayai terlibat dalam aktiviti berkaitan dadah.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, pihaknya bagaimanapun tidak dapat mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

Advertisement

Tegasnya, sebarang pendedahan hanya akan dibuat selepas kes ini disahkan dan mempunyai bukti yang mencukupi.

gambar dadah

Sebelum ini, Mohd Yusoff ada memuat naik video di TikTok berhubung kes terbabit dan telah memberi amaran kepada golongan itu agar tidak terlibat dalam aktiviti berkaitan dadah kerana pihaknya sedang memantau dengan rapat.

Ini peringatan kepada mereka yang mungkin terbabit, kerana kami sudah menerima maklumat yang menunjukkan ada kaitan (pempengaruh dan pengasas kosmetik dengan aktiviti berkaitan dadah). Saya juga menyatakan polis Kelantan tidak akan berkompromi dengan mereka yang terbabit dalam aktiviti sedemikian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 month ago

Ramai 'Founder' & 'Influencer' Di Kelantan Terlibat Pengedaran Dadah Dan Pengubahan Wang Haram - Polis

Polis Beri Amaran Kepada Pempengaruh & ‘Founder’ Kosmetik Terlibat Aktiviti Barang Terlarang Di Kelantan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts