Polis Cadang Neelofa, PU Riz Dikenakan Kompaun Langgar SOP

by Oh! Semput


HOME Posted on 14 Apr 2021 00:00:10



Berikutan dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika majlis pernikahan, pihak polis mencadangkan kompaun dikeluarkan terhadap Neelofa dan suaminya, PU Riz.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kertas siasatan telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya.

BACA: Neelofa Mohon Maaf Isu Langgar SOP, Rentas Negeri

“Timbalan Pendakwa Raya yang akan putuskan sama ada didakwa atau sebaliknya dan kami sudah serahkan kertas siasatan. Polis memberi cadangan untuk dikompaun,” katanya.

Terdahulu, pihak polis membuka kertas siasatan membabitkan majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz. Kes disiasat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai isu pelanggaran SOP apabila tular di media sosial satu gambar menunjukkan jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News