Polis Lepaskan Tembakan Selepas Suspek Cuba Rempuh Anggota Di Hulu Langat

by Oh! Semput


7
SHARES
88
VIEWS
Posted on 25 May 2026 04:31:36

Cubaan tiga individu termasuk dua wanita meloloskan diri dengan merempuh anggota polis membawa kepada tindakan pihak berkuasa melepaskan beberapa das tembakan dalam satu operasi di Dusun Tua, Hulu Langat pada malam Sabtu.

Kejadian sekitar jam 9.30 malam itu berlaku ketika sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin menjalankan operasi khas bagi mengesan dan menahan suspek yang dipercayai terlibat dalam beberapa kes jenayah.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, anggota polis menghampiri sebuah kenderaan yang dinaiki suspek sebelum pemandunya bertindak agresif dengan cuba memecut dan merempuh anggota bertugas untuk melarikan diri.

Bagi mempertahankan keselamatan anggota serta menghalang suspek daripada meloloskan diri, polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan terbabit.

Bagaimanapun, ketiga-tiga suspek berjaya ditahan tidak lama kemudian. Mereka terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita tempatan berusia antara 31 hingga 38 tahun.

Hasil semakan mendapati semua suspek mempunyai rekod jenayah lampau termasuk kes berkaitan dadah. Suspek lelaki dilaporkan mempunyai beberapa rekod jenayah serta kes narkotik, manakala dua wanita terbabit turut memiliki rekod kesalahan berkaitan jenayah dan penyalahgunaan dadah.

Pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan yang digunakan turut mendapati nombor pendaftaran dipasang adalah palsu. Polis turut merampas beberapa telefon bimbit dan alat kawalan jauh kenderaan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti jenayah lain yang sedang disiasat.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh serta Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas. Ketiga-tiga suspek kini direman bagi membantu siasatan lanjut.

Polis Lepaskan Tembakan Selepas Suspek Cuba Rempuh Anggota Di Hulu Langat first appeared on #1 The News Malaysia.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts